Isi 1: Sebelum menunggang basikal, kita mestilah memakai topi keledar, pad siku, dan pad lutut.
Isi 2: Seterusnya, kita janganlah bermain-main semasa menunggang basikal seperti sengaja melepaskan tangan daripada hendal basikal.
Isi 3: Selanjutnya, kita mestilah memastikan basikal kita dalam keadaan selamat untuk ditunggangi.
Isi 4: Selain itu, semasa berbasikal kita haruslah menggunakan laluan khas basikal.
Isi 5: Sewajarnya kita mengikut arah laluan trafik semasa menunggang basikal di jalan raya.
