Contoh Petikan
Tajuk
4Perihal Penderma Darah
- Jenis : SK
- Mukasurat: 23
Teks Karangan
Puan Nurul membawa anaknya, Nazri yang demam ke klinik. Nazri terpandang poster Syarat-syarat Menderma Darah. Seorang penderma darah perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dibenarkan menderma darah. Pertama, mereka perlu berumur antara 18 hingga 60 tahun. Selain itu, mereka juga perlu bebas daripada penyakit kronik. Penderma darah juga perlu makan dan mendapat rehat secukupnya supaya tidak lemah semasa menderma darah. Mereka yang baru mengambil alkohol serta ubatan berjadual tidak dibenarkan menderma darah.
