Contoh Petikan

Tajuk

2

Perayaan Dongzhi

  • Jenis : SP
  • Mukasurat: 62 (2.3.1)

Teks Karangan

Perayaan Dongzhi adalah antara perayaan yang penting bagi masyarakat Cina. Perayaan ini, biasanya, disambut pada 21, 22 atau 23 Disember setiap tahun. Semasa menyambut perayaan ini, seisi keluarga akan berkumpul bersama-sama. Pada pagi perayaan ini, masyarakat Cina akan melakukan upacara penyembahan nenek moyang. Makanan istimewa semasa perayaan ini ialah tang yuan. Makanan yang berbentuk bulat ini diperbuat daripada beras pulut dan dimasak dengan air gula. Tang yuan melambangkan keharmonian dan kebahagiaan. Masyarakat Cina percaya bahawa selepas makan tang yuan, usia mereka telah meningkat setahun lagi.