Contoh Petikan

Tajuk

5

Bersihnya Botol Air

  • Jenis : SP
  • Mukasurat: 37 (2.1.1)

Teks Karangan

Ini botol air Gauri. Botol air ini cantik dan bersih. Setiap hari, Gauri membawa botol air ini ke sekolah. Gauri menjaga botol air itu dengan cermatnya. Dia sentiasa menutup botol airnya dengan kemasnya. Perkara ini dilakukan agar air minumannya tidak tumpah. Botol air Gauri bersih. Botol airnya tidak berbau busuk. Gauri sentiasa menjaga kebersihan botol airnya. Dia akan mencuci botol airnya itu selepas menggunakannya. Dia mencucinya dengan menggunakan air, sabun pencuci dan berus pencuci botol.