Contoh Petikan

Tajuk

5

Pastikan Bersih

  • Jenis : SP
  • Mukasurat: 29 (3.2.4)

Teks Karangan

Selamat pagi murid-murid. Saya Doktor Koh. Saya akan menyampaikan ceramah tentang pentingnya memilih gerai makanan yang bersih. Murid-murid sekalian, Kita perlu berhati-hati jika mahu makan di gerai makanan. Pilihlah gerai makanan yang bersih. Hal ini penting agar kita tidak mengalami keracunan makanan. Jangan pilih gerai makanan yang kotor, berhabuk dan berdebu. Makanan yang dijual di gerai seperti ini pastinya sudah tercemar. Habuk dan kekotoran yang berterbangan di udara mencemari makanan yang dijual. Pastikan gerai makanan yang dipilih tiada haiwan perosak. Haiwan perosak seperti lalat, tikus dan lipas akan mencemarkan makanan. Haiwan-haiwan ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Oleh sebab itu, makanan yang dihidangkan hendaklah sentiasa bertutup.