Contoh Petikan
Tajuk
2Berlatih Bersama-sama
- Jenis : SP
- Mukasurat: 3 (2.1.1)
Teks Karangan
Chun Han, Aidil dan Dinesh membuat keputusan untuk menyertai Pertandingan Suara Harmoni. Sebelum pertandingan berlangsung, mereka berbincang untuk membuat persediaan. “Mari kita berlatih di rumah saya,” kata Chun Han. Aidil dan Dinesh bersetuju. Mereka juga bersepakat untuk memilih lagu yang bertajuk “Teman Setia”. Lagu itu membawa mesej persahabatan. Semasa berlatih, kakak Chun Han turut membimbing mereka membuat persembahan. Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan video. Oleh sebab itu, mereka dapat mengenal pasti kelemahan menerusi rakaman tersebut. “Amboi, kamu bertiga berbakat! Kakak yakin jika kamu rajin berusaha, kamu pasti akan berjaya kerana usaha tangga kejayaan,” kata kakak Chun Han. Chun Han, Aidil dan Dinesh mengangguk tanda bersetuju.
