Contoh Petikan
Tajuk
4Program Wira Anti Rasuah
- Jenis : SK
- Mukasurat: 194 (2.3.1)
Teks Karangan
Program Wira Anti Rasuah (WAR) merupakan usaha awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendidik masyarakattentang rasuah. Program WAR disasarkan kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak SPRM akan hadir ke sekolah-sekolah terpilih bersama-sama dengan watak adiwira, Kapten MACC. Watak ini akan pergi ke sekolah-sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya, ceramah, kuiz interaktif, soal jawab, melukis poster dan ikrar antirasuah. Sekolah yang berminat boleh mengundang pihak SPRM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Pihak SPRM juga berbesar hati menerima kunjungan pihak sekolah ke ibu pejabat SPRM.
