Contoh Petikan
Tajuk
1Tanduk Berharga
- Jenis : SK
- Mukasurat: 145 (3.2.4)
Teks Karangan
Suatu hari, Zara dan rakan-rakannya mengikut ayah Zara, Encik Hasif, melawat ke ladang ternakan rusa. Ladang itu kepunyaan Encik Akbar. Di situ dia melihat banyak tanduk rusa yang terkumpul. “Zara, pak cik membela rusa kerana ingin mendapatkan tanduknya. Tahukah Zara, tanduk rusa mempunyai banyak khasiat perubatan? Pengamal perubatan tradisional terutamanya dari luar negara ingin mendapatkan bekalan tanduk rusa,” jelas Encik Akbar. “Pak cik, apakah khasiat tanduk rusa?” tanya Alif kepada Encik Akbar. “Tanduk rusa boleh dijadikan kapsul untuk membantu melancarkan perjalanan darah. Selain itu, tanduk rusa dapat mengawal tekanan darah serta meningkatkan tahap sel darah merah,” terang Encik Akbar kepada Alif. Kemudian, mereka dibawa ke pejabatnya. Menurut Encik Akbar, tanduk rusa mengambil masa setahun untuk tumbuh. Tanduk rusa yang telah matang akan gugur dengan sendirinya. Zara dan rakan-rakannya menjamu selera bersama-sama dengan Encik Akbar. Hidangan istimewa pada hari itu ialah daging rusa bakar. Sebelum pulang, Encik Akbar menghadiahi mereka sebungkus daging rusa sejuk beku.
