Contoh Petikan

Tajuk

5

Emas Borneo

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 144 (2.3.1)

Teks Karangan

Pagi itu Puan Puri agak sibuk. Seorang pengusaha restoran akan datang mengambil ikan empurau yang telah ditempah beberapa hari yang lepas. Setiap kali mendapat tempahan ikan yang mendapat julukan “emas Borneo” ini, pasti Puan Puri akan sibuk di kolamnya. “Awang, tangkap ikan yang telah bersih itu,” arah Puan Puri kepada pekerjanya. Pekerjanya menangkap ikan di dalam kolam yang paling jernih itu. Puan Puri menyediakan tiga buah kolam. Hal ini dilakukan bagi memastikan kebersihan ikan yang ditempah terjamin. “Remi, nanti jangan lupa masukkan buah engkabang ini ke dalam kolam. Rasa ikan empurau di sungai sedap kerana ikan-ikan itu makan buah ini,” terang Puan Puri kepada pekerjanya. Setelah selesai memantau kerja-kerja di kolam, Puan Puri pergi ke stor sejuk bekunya. Di sana, beliau melihat ikan-ikan yang telah ditangkap dimatikan secara “ikejime” bagi memastikan kesegarannya. Ikan-ikan itu akan dipek secara vakum dan menjalani proses sejuk beku sebelum dieksport. Akhirnya pengusaha restoran itu tiba. Dia mengambil tempahan dan membayar harga ikan tersebut. Puan Puri bersyukur dengan rezekinya pada hari itu.