Contoh Petikan
Tajuk
2Mudahnya Menyukat
- Jenis : SK
- Mukasurat: 127 (2.3.1)
Teks Karangan
Kini, terdapat inovasi bagi alat penyukat. Pembuat kek dan pastri pasti memerlukan sudu istimewa ini. Sudu ini merupakan sudu berpenyukat digital. Alat ini mempunyai bentuk yang menarik dan unik. Pemegangnya diperbuat daripada keluli tahan karat dan plastik yang berkualiti. Sudu ini ringan sahaja. Berat bahan yang disukat akan dipaparkan melalui skrin yang jelas. Sudu berpenyukat digital ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklah dapat menimbang dengan cepatnya dan tepatnya. Pengguna pasti berasa gembira kerana sudu ini senang digunakan dan mudah disimpan.
