Contoh Petikan

Tajuk

3

Keselamatan di Sekolah

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 63 (2.1.1)

Teks Karangan

Sekolah tempat kita menuntut ilmu. Namun begitu, kemalangan sering berlaku di persekitaran sekolah. Oleh hal yang demikian, murid-murid hendaklah peka dan mengambil pelbagai langkah untuk mengelakkan kemalangan. Tempat-tempat seperti stor barang, tangki air dan kolam hiasan landskap terbiar hendaklah dihindari. Tempat-tempat ini berkemungkinan boleh mengundang bahaya. Oleh itu, janganlah bermain di kawasan ini. Selain itu, semasa di kantin, kita hendaklah berhati-hati. Keadaan lantai yang licin akibat tumpahan makanan boleh juga mendatangkan padah. Elakkan berlari-lari di kawasan tersebut. Sentiasalah berwaspada supaya tidak tergelincir. Seterusnya, bangunan bertingkat khususnya di koridor sekolah boleh mendatangkan bahaya. Janganlah melompat-lompat di tepi koridor tersebut. Perbuatan ini boleh menyebabkan kemalangan. Ketika berada di tangga, jangan berebut-rebut dan bertolak-tolakan semasa menuruni tangga. Perlakuan ini boleh mengakibatkan kecederaan. Maka, sentiasalah menjaga keselamatan diri.