Contoh Petikan
Tajuk
5Lompatan Trampolin
- Jenis : SK
- Mukasurat: 42 (2.3.1)
Teks Karangan
Sukan yang digemari Haziq ialah lompatan trampolin. Aktiviti ini dilakukannya dengan melompat di atas trampolin. Lompatan trampolin melibatkan semua otot badan. Biasanya lompatan ini dilakukan di taman trampolin. Sukan ini dapat mengurangkan berat badan. Haziq sangat yakin semasa melompat di atas trampolin. Untuk menjaga keselamatan, dia tidak melompat terlalu tinggi. Haziq sangat seronok setiap kali melakukannya.
